Pembinaan rumah dipengaruhi oleh faktor sejarah,geografi,
keselamatan dan
kepadatan penduduk.
SETIAP RUMAH MEMPUNYAI
'REKA BENTUK'
RUMAH KUTAI
Reka bentuk rumah Kutai di Perak sama seperti rumah
di Aceh dan Makasar, Indonesia. Menurut sejarah, orang Bugis dan Aceh pernah menetap di Perak.
Rumah Kutai hanya terdapat di negeri Perak.
RUMAH
MINANGKABAU
Reka bentuk rumah ini melentik seperti tanduk kerbau. Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah dan mengekalkan reka bentuk seperti rumah mereka di Minangkabau.
RUMAH INGGERIS
Terdapat rumah di Cameron Highlands, Pahang yang sama seperti rumah Inggeris di England. Ini kerana orang Inggeris telah membina rumah tersebut semasa menjajah negara kita.
RUMAH JAWA
Reka bentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuk rumah di Belanda. Menurut sejarah, Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar